Permohonan Jawatan Pentadbir Akademik Universiti - UTM

Written by Siti Saadiyah Ismail on . Posted in Jobs & Career

Kepada semua staf skademik,


Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa tempoh pelantikan Pentadbir Akademik Universiti yang berkenaan akan tamat tempoh pelantikan. Sehubungan dengan itu, akan wujud kekosongan bagi jawatan-jawatan yang berikut:

Jawatan Pengarah

  1. Pengarah Institut Kebisingan & Getaran (IKG)
  2. Pengarah Unit Perhubungan Alumni
  3. Pengarah Biro Inovasi & Perundingan (BIP)

Jawatan Timbalan Pengarah

  1. Timbalan Pengarah Pembangunan Fasiliti, Pusat Pengajaran & Pembelajaran (CTL)
  2. Timbalan Pengarah Infrastruktur ICT, Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (CICT)
  3. Timbalan Pengarah Perundingan & Pengujian, Biro Inovasi & Perundingan (BIP)
  4. Timbalan Pengarah Pemindahan Teknologi, Biro Inovasi & Perundingan (BIP)
  5. Timbalan Pengarah Keusahawanan, Biro Inovasi & Perundingan (BIP)
  6. Timbalan Pengarah Unit Perhubungan Alumni

Jawatan Timbalan Dekan

  1. Timbalan Dekan (Sains), Sekolah Pengajian Siswazah (SPS)

Pengurus

  1. Pengurus Pemasaran & Pelajar Antarabangsa
  2. Pengurus Teknologi Maklumat, Biro Inovasi & Perundingan (BIP)
  3. Pengurus Technovation Park, Biro Inovasi & Perundingan (BIP)
  4. Pengurus Penyelidikan, Sekolah Perniagaan Antarabangsa (IBS)

2. Mengikut kaedah baru yang ditetapkan oleh pihak Pengurusan Universiti, proses pemilihan akan dilaksanakan secara terbuka dan haruslah memaklumkan kekosongan jawatan bagi membolehkan semua staf akademik universiti yang berminat mengemukakan permohonan.

3. Sehubungan dengan itu, semua staf akademik boleh mengemukakan permohonan masing-masing secara bersurat untuk dipertimbangkan ke jawatan tersebut. Kriteria pemilihan bagi jawatan ini adalah seperti berikut :

  • Seorang ahli akademik yang cemerlang, berwibawa serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan cemerlang dan dihormati.
  • Mempunyai pemikiran dan sikap yang proaktif serta mampu mengurus kepelbagaian dalam apa jua situasi.
  • Seorang yang mempamerkan sifat kepimpinan melalui teladan kepada mereka yang dibawah pimpinannya.
  • Mempunyai perwatakan yang dinamik serta bertanggungjawab dan komited kepada tugas dan tanggungjawab berdasarkan nilai-nilai murni masyarakat dan Negara.
  • Berkeupayaan mengenalpasti konflik dan mengurusnya dengan baik serta berhemah.
  • Mempunyai potensi untuk menyumbang secara berkesan terhadap pembangunan Universiti dan pendidikan tinggi negara secara ke seluru hannya.

4. Surat permohonan tersebut hendaklah disertakan dengan lampiran berikut:

  • Curriculum Vitae yang lengkap dan kemaskini;
  • Anugerah dan hadiah yang berprestij di peringkat kebangsaan dan antarabangsa; dan
  •  Sumbangan-sumbangan besar dan bermakna bagi pembangunan Fakulti dan Universiti.

5. Semua permohonan untuk dipertimbangkan ke jawatan tersebut, hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat bertaraf - SULIT - dengan menulis jawatan yang dipohon di penjuru kanan sampul surat dan dihantar kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Bahagian Pengurusan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTM Skudai selewat-lewatnya pada 22 Januarl 2010.

 

Sekian dimaklumkan, terima kasih.