Kursus Klasifikasi Laporan Penilaian Prestasi Akademik Secara Online

Written by Mohd Nor Faizal Jamaluddin on . Posted in News & Event Hits: 4096

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada Pensyarah FPPSM DS45 ke atas..

Untuk makluman saudara, pihak CICT dan kerjasama Bahagian Pengurusan Modal Insan, UTM akan menganjurkan Kursus Klasifikasi Laporan Penilaian Prestasi Staf Akademik Secara Online mengikut fakulti masing-masing. FPPSM dijadualkan pada seperti berikut:

Tarikh : 23 November 2009,
Jam : 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari,
Tempat : Bilik Latihan Aras Bawah Blok D07, Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (CICT)

Sehubungan itu, saudara adalah diwajibkan hadir bagi mempelajari cara-cara memasukkan data Laporan Penilaian Prestasi Staf Akademik secara online. Kegagalan menghadirkan diri ke kursus ini, menyebabkan urusan LPPT 2009 akan terganggu. (Urusan pengisian LPPT adalah dibawah tanggungjawab setiap staf UTM).

Kerjasama saudara/i dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.