Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010

Written by Mohd Nor Faizal Jamaluddin on . Posted in News & Event Hits: 3613

Perhatian kepada staf akademik,

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010 bagi Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, akan diadakan seperti maklumat berikut:


Tarikh: 28 Januari 2010
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat: Bilik Bestari 3, Aras 3, Blok D05

Sehubungan itu, kerjasama pensyarah adalah diminta untuk memaklumkan kepada pelajar dan memberi pelepasan kelas
(10 minit awal/yang bersesuaian) bagi memberi laluan kepada pelajar melaksanakan tanggungjawab mengundi.

Sekian, terima kasih.