Program Pembangunan Usahawan Siswa UTM 2010

Written by Ahamad Zaidi Bahari on . Posted in News & Event Hits: 3275

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Hal Ehwal Pelajar, dengan kerjasama FPPSM dan Johor Corp akan menganjurkan Program Pembangunan Usahawan Siswa 2010 sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh:        Sabtu, 6 Februari 2010
Tempat:      Dewan Sultan Iskandar
Masa:          8.30 pagi hingga 5.00 petang. 

Program akan dibuka secara rasmi oleh Y. Bhg. Tan Sri Muhamad Ali Hashim, Presiden JCorp dan ditutup oleh Y.Bhg. TNC (HEP).

Pihak JCorp juga akan mengadakan sesi staff recruitment kepada pelajar yang berminat untuk membina kerjaya dengan JCorp.

Pihak JCorp akan menaja jamuan untuk semua peserta.

Bersempena dengan program tersebut, semua pelajar yang mendaftar kursus UHS 3102: Entrepreneurship and Entreprise Development akan menganjurkan Entrepeneurs Festival 2010 sepanjang seminggu sebagaimana maklumat berikut:

Tarikh:       1 Februari hingga 5 Februari 2010
Tempat:     Perkarangan Masjid Sultan Ismail dan Dewan Sultan Iskandar. 
Masa:         8.30 pagi hingga 5.00 petang

Semua seksyen akan mengendalikan gerai jualan secara bergilir sepanjang minggu tersebut.

Saya memohon kerjasama semua pensyarah agar dapat menghebahkan maklumat ini dan seterusnya menggalakkan pelajar masing-masing untuk menyertai program di atas sebagai tanda sokongan kepada pelajar.

 

Terima kasih.