Gotong Royong Perdana Peringkat Universiti Teknologi Malaysia

Written by Mohd Nor Faizal Jamaluddin on . Posted in News & Event Hits: 3295

Assalamualaikum

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan memaklumkan bahawa Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan Program Gotong Royong Perdana pada 5 Julai 2010 jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Program ini akan diadakan selepas Majlis Perjumpaan Bulanan Y.Bhg. Naib Canselor bersama staf. Untuk makluman juga, Y.Bhg Naib Canselor akan melawat setiap PTJ pada hari tersebut untuk mengikuti perkembangan program gotong royong ini. Oleh yang demikian, semua staf diwajibkan menyertai program ini dan kehadiran saudara akan dicatat.

Bagi staf Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia, saudara dikehendaki berkumpul di tapak letak kenderaan blok D06 pada jam 9.30 pagi (pakaian yang bersesuaian / staf juga digalakkan untuk membawa sarung tangan) dan sedikit taklimat akan diberikan berkaitan gotong royong tersebut.

Bersama-sama ini, dimajukan senarai nama Ketua Kumpulan beserta Ahli Kumpulan bagi menjayakan program tersebut. Sukacita sekiranya setiap Ketua kumpulan memastikan kehadiran ahli kumpulan yang lain dan senarai nama kehadiran di serahkan kepada Penolong Pendaftar fakulti untuk makluman Y. Bhg. Naib Canselor.

*Staf Akademi Bahasa juga dijemput bersama bagi menjayakan program ini dan semoga program ini dapat merapatkan lagi hubungan semua staf di Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia serta memelihara persekitaran kerja yang bersih dan selamat.

Sekian terima kasih.