Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2010 & Meraikan Staf Yang Akan Menunaikan Ibadah Haji

Written by Mohd Noor Azli Ali Khan on . Posted in News & Event Hits: 4498

Assalamualaikum w.b.t & Salam sejahtera..

Kepada semua staf,

Badan Kebajikan FPPSM bercadang untuk menganjurkan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri 2010 dan meraikan staf yang akan menunaikan ibadah haji.

Berikut ialah perincian program:

Program : Jamuan Hari Raya dan meraikan staf menunaikan ibadah haji
Tarikh : 8 Oktober 2010 (Jumaat) bersamaan dengan 29 Syawal 1431H
Tempat : Bestari 3, D05
Masa : 11.00 pagi

Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan kehadiran semua. Majlis ini adalah anjuran bersama Badan Kebajikan FPPSM dengan kerjasama Jabatan Pengurusan, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Akademi Bahasa dan Kelab KERISS.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan bagi menjayakan program ini, pihak Badan Kebajikan FPPSM amat mengalu-alukan. Sumbangan tersebut boleh diberikan terus kepada Pengerusi Badan Kebajikan.

Sekian, terima kasih. Wassalam.
Dr. Mohd Noor Azli bin Ali Khan
Pengerusi Badan Kebajikan FPPSM