Kursus Penyelamat Kelemasan (Sijil Awalan)

Written by Siti Saadiyah Ismail on . Posted in News & Event Hits: 6310

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Sukan Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia akan mengelolakan Kursus Penyelamat Kelemasan (Sijil Awalan) 2010 yang terbahagi kepada 2 kumpulan mengikut butiran seperti berikut :-

Kumpulan Pertama - Tarikh:  09-10 Oktober 2010 dan 16-17 Oktober 2010
Kumpulan Kedua - Tarikh: 23-24 Oklober dan 30-31 Oktober 2010
Masa: 08:00 Hrs-13:00 Hrs
Tempat: PALM Resort Golf & Country Club, Senai, Johor

Para peserta boleh memilih di antara dua tarikh kursus yang telah ditetapkan. Kursus ini terbuka kepada mahasiswa dan staf lelaki dan wanita di Universiti Teknologi Malaysia. Pihak penganjur akan menyediakan pengangkutan dan sarapan pagi.

Kursus ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang keselamatan diri di air dengan mempelajari ikhtiar keselamatan air dengan teknik menyelamat yang betul dan peserta yang lulus akan berpeluang untuk memohon menjadi penyelamat kelemasan (life guard) di UTM apabila kolam renang di UTM mula beroperasi tidak berapa lama lagi.

Untuk makluman Yg. Bhg. Prof./Dr./Saudara bayaran yang dikenakan adalah sebanyak (Ringgit Malaysia : Lima Puluh Sahaja) bagi setiap peserta. Tempat adalah terhad kepada 20 penyertaan bagi setiap kumpulan. Tarikh tutup penyertaan kumpulan pertama pada 07 Oktober 2010 dan kumpulan kedua pada 21 Oktober 2010. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi borang penyertaan dan hantarkan bersama yuran penyertaan ke Unit Sukan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En Mukhlisin bin Mohd Nor di talian 075536238 @ Hp : O123476387 dan En Shahril Annuar bin Bahrom di talian 07 5536237 @ Hp:  0121697394.

Attachments:
FileFile sizeLast modified
Download this file (Borang Penyertaan Kursus Penyelamat Kelemasan (Sijil Awalan) 2O1O.pdf)Borang Penyertaan Kursus Penyelamat Kelemasan (Sijil Awalan) 201030 kB2010-09-28 10:23