Karnival Kokurikulum UTM 2010

Written by Siti Saadiyah Ismail on . Posted in News & Event Hits: 4473

Kepada semua pelajar,

Dimaklumkan bahawa Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum UTM akan mengadakan Karnival Kokurikulum UTM 2010 pada tarikh dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 21 hingga 24 Oktober 2010 (Khamis - Ahad)
Masa : 8.00 pagi -11.00 malam
Tempat : Dataran Pusat Kursus Umum dan Kokurikulum, UTM Johor Bahru.

Sepanjang karnival tersebut, pelbagai aktiviti termasuk pameran dan pertandingan daripada pelajar-pelajar kokurikulum. Pertandingan sukan seperti sepak takraw, Street Soccer dlan Ecorace juga akan dianjurkan bagi memeriahkan karnival tersebut.

Untuk makluman, pelajar-pelajar Kokurikulum bagi semester ini adalah diwajibkan hadir semasa Perasmian Pembukaan Karnival Kokurikulum UTM 2010 pada 22/10/2010 jam 8.30 malam dan Perasmian Penutup Karnival Kokurikulum UTM 2010 pada 24/10/2010 bertempat di Dataran Kokurikulum jam 12.00 tengahari.

Perancangan tentatif program adalah seperti dilampirkan.

Sekian terima kasih

Attachments:
FileFile sizeLast modified
Download this file (Tentatif Program Karnival Kokurikulum UTM 2010.pdf)Tentatif Program Karnival Kokurikulum UTM 201058 kB2010-10-21 14:36