Tawaran Menyertai SKKU International Summer Semester 2011

Written by Low Hock Heng on . Posted in News & Event Hits: 4378

Sukacita dimaklumkan bahawa UTM telah menerima jemputan dari Sungkyunkwan University (SKKU) untuk mahasiswa UTM menyertai SKKU International Summer Semester.

Program ini akan dijalankan pada 28 Jun hingga 23 Julai 2011 di universiti tersebut dengan lebih kurang 23 kursus ditawarkan dalam program tersebut untuk pilihan peserta. Sebagai peserta program, mahasiswa akan diberikan biasiswa sebanyak RM 6,000 - RM 7,000 sahaja bagi membiayai kos pengajian di sana termasuklan bayaran tiket penerbangan.

Kepada yang berminat, sila hubungi Mr. Low Hock Heng (012-7786232) selewat-lewatnya pada 21 April 2011.


Sekian.