Kaunter Tabung Haji Sempena Program Ceramah & Korban Perdana Anjuran Pusat Islam UTM Skudai, Johor

Written by Abdul Wahab Laberahimah on . Posted in News & Event Hits: 2378

Kepada semua staf dan pelajar,

Dimaklumkan bahawa bersempena dengan sambutan Hari Raya AidilAdha (Hari Raya Haji) yang bakal menjelang tiba, Lembaga Tabung Haji (TH) Negeri Johor akan melibatkan diri dalam program Ceramah dan Korban Perdana anjuran Pusat Islam UTM Skudai Johor yang dijangka bakal diadakan pada 02 Oktober 2014 bertempat di Masjid Jamek UTM Skudai Johor.

Program ini merupakan kelangsungan kepada usaha kolobrasi berterusan antara TH Negeri Johor bersama Pusat Islam UTM Skudai Johor yang sebelum ini banyak bekerjasama dalam beberapa siri program kemasyarakatan seperti program khidmat masyarakat Karnival TaHa@U, Klinik Bimbingan Peperiksaan, Program Kursus Perdana Haji dan Program Kursus lntensif Haji.

Sehubungan itu, lanjutan dari program ini dan sebagai satu usaha untuk meraikan dan mengimarahkan lagi sambutan Hari Raya AidiiAdha ini, TH Negeri Johor berhasrat untuk mengajak lebih ramai lagi Umat Islam khususnya warga kerja, pelajar dan ahli keluarga UTM Skudai Johor agar menyimpan di TH bagi memenuhi keperluan ke Tanah Suci.

Kaunter perkhidmatan TH akan dibuka seperti berikut:
Tarikh: 09-10 Nov. 2014
Masa: 09.00 pagi - 04.00 ptg
Tempat: Foyer Fakulti Pengurusan, Blok T08, UTM Johor Bahru, Johor.

Antara perkhidmatan yang bakal ditawarkan adalah:

  1. Pembukaan akaun baru Tabung Haji (khusus kepada pelajar, pekerja dan keluarga yang masih belum mempunyai akaun TH. Bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah, sila bawa bersama salinan MyKid dan surat beranak)
  2. Urusan simpanan tambahan (tunai dan potongan gaji)
  3. Urusan kemaskini profil dan penamaan di Tabung Haji
  4. Urusan pendaftaran Haji melalui akaun KWSP (sila sertakan salinan penyata akaun 1 KWSP dengan baki simpanan tidak kurang dari RM1,300.00)
  5. Urusan link akaun antara pemilik akaun TH dan Maybank.
  6. Lain-lain pertanyaan berhubung produk terkini di Tabung Haji.