Taklimat Dari Jabatan Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi Australia Mengenai Endeavor Scholarships And Fellowship
Endeavour Scholarship and Fellowship merupakan satu biasiswa yang diberi oleh Kerajaan Australia kepada penduduk warganegara Asia-Pasifik, Timur Tengah, Eropah dan Amerika Syarikat dan juga warganegara Australia yang berhasrat untuk menjalani pengajian di luar negara. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa satu taklimat mengenai biasiswa ini akan diadakan bagi memberi penjelasan dengan lebih terperinci mengenai program ini.
Maklumat taklimat adalah seperti dibawah:
Tarikh: 25 September 2014 (Khamis)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Dewan CTL, Blok F54, UTM Johor Bahru
Penceramah: Ms. Karen Welsh, Kaunselor (Sains dan Pendidikan), Jabatan Pendidikan, Suruhanjaya Tinggi Australia Kuala Lumpur
Sasaran kumpulan peserta untuk menyertai taklimat ini adalah:
- Pelajar tahun akhir pra-siswazah yang berhasrat untuk menyambung pengajian ke Pasca-siswazah
- Staf akademik- Pengajian Pasca-siswazah/penyelidikan
- Staf bukan akademik yang berminat dalam program pembangunan profesional