Iklan Permohonan Bantuan Zakat Pelajar Sesi September 2014-Januari 2015

Written by Abdul Wahab Laberahimah on . Posted in News & Event Hits: 3648

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Beragama lslam
  • Pelajar UTM sepenuh masa yang mengikuti pengajian di peringkat ljazah Sarjana Muda
  • Tidak mendapat bantuan kewangan daripada mana-mana institusi kewangan seperti PTPTN, JPA, Yayasan Negeri dan sebagainya
  • Tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib oleh pihak Universiti
  • Pelajar hanya layak membuat sekali permohonan bagi setiap semester
  • Pelajar yang mempunyai pinjaman tetapi menghadapi masalah kewangan dan yatim piatu digalakkan untuk memohon.

SKIM BANTUAN ZAKAT PELAJAR

  • Bantuan Sara Diri
  • Bantuan Yuran Tertunggak
  • Bantuan Kecemasan
  • Bantuan Saudara Baharu

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

  • Permohonan adalah secara on-line di laman web rasmi Pusat lslam UTM di http://www.utm.my/islamiccentre
  • Sebarang masalah atau pertanyaan boleh diajukan kepada Pusat lslam di talian 07-5537515.
  • Tarikh tutup permohonan: 25 September 2014.