Penggunaan Bilik Sindiket Di Lobi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim, UTM

Written by Siti Saadiyah Ismail on . Posted in News & Event Hits: 3656

Sukacita dimaklumkan bahawa Bilik-bilik Sindiket yang terdapat di Lobi Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim dibuka penggunaannya kepada semua staf dan mahasiswa bagi tujuan urusan rasmi.

Bilik-bilik Sindiket tersebut ialah Bilik Sindiket 1, Bilik Sindiket 2, Bilik Sindiket 3 dan Bilik Sindiket 4. Kapasiti setiap bilik ialah untuk maksimum 8 orang. Sila berhubung dengan En. Zaimi bin Shaharani Pegawai Kerani Kanan Pejabat Naib Canselor di No. Samb. 30441 dan email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., En. Faizal dan En. Radzi di No. Samb. 30471 bagi urusan tempahan. Untuk menempah bilik-bilik tersebut, sebaik-baiknya 7 hari sebelum penggunaan atau boleh digunakan apabila bilik tidak digunakan serta tertakluk kepada kebenaran penggunaan pada masa-masa tertentu.

Lain-lain syarat penggunaan adalah seperti di bawah:

  1. Tempahan makan/minum semasa mesyuarat hendaklah dibuat oleh pemohon/urusetia mesyuarat.
  2. Urusetia Mesyuarat atau staf bertanggungjawab pejabat berkenaan hendaklah mengemas, menyusun atur semula perabot dan membersihkan Bilik Mesyuarat/Bilik Sindiket serta mematikan suis lampu, penghawa dingin, alat pandang dengar atau Iain-Iain peralatan yang digunakan sebaik sahaja selesai mesyuarat.
  3. Penggunaan Bilik Sindiket adalah sangat digalakkan bagi sesuatu mesyuarat yang dianggotai kurang 8 orang.
  4. Waktu Penggunaan : Waktu Rasmi Pejabat
  5. Urusan buka/tutup bilik : Pejabat Naib Canselor
  6. Bagi Mahasiswa perlu mendapat sokongan pegawai Hal Ehwal Mahasiswa terlebih dahulu.
  7. Sebarang pertanyaan lanjut dan kes-kes penggunaan pada sebelah malam atau hari-hari cuti sila rujuk kepada En. Azham bin Ramli (No. Samb. 30007/Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) dan En. Arman bin Md. Yasin (No. Samb. 30376/Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.).

Terima kasih.