Tawaran menyertai "Exchange Program for Spring 2013" di Kookmin University, Seoul, Korea

Written by Norhasidah Sahar Shah on . Posted in News & Event Hits: 4950

Sukacita dimaklumkan bahawa UTM telah menerima tawaran dari Kookmin University, Seoul, Korea bagi menghantar calon-calon pelajar untuk menyertai exchange program anjuran universiti tersebut selama satu semester bermula 4 Mac 2013 - 20 Jun 2013.

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar pra-siswazah / pasca-siswazah dengan kelayakan akademik CGPA 3.00 ke atas serta memiliki disiplin yang baik.

Bagi pelajar yang berminat, sila hantar dokumen-dokumen seperti berikut ke Pejabat Am FPPSM (Blok D05) sebelum 30 November 2012:

  1. Borang permohonan
  2. 'State of Purpose'
  3. Transkrip Akademik Terkini (dalam bahasa inggeris)
  4. Salinan Pasport

Maklumat lanjut berserta dokumen (i) dan (ii) boleh didapati di http://www.utm.my/internationalaffairs/kookmin/