UTM Juara Pertandingan Simulasi Perniagaan Peringkat Kebangsaan IPTA Kali Ke-2 Tahun 2013

Written by Ahmad Zaidi on . Posted in News & Event Hits: 7118

Pertandingan Simulasi Perniagaan IPTA Peringkat Kebangsaan 2013 Kali Ke-2 2013 anjuran Institut Keusahawanan dan Koperasi (CEDI) Universiti Utara Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Malaysia Practice Entreprise (MyPEC) telah di adakan pada 23 Januari hingga 5 Februari 2013 di Pusat Simulasi Perniagaan, CEDI, UUM.

Sebanyak 15 buah IPTA (dari sejumlah 19 IPTA yang telah dijemput) telah menghantar penyertaan mereka. UTM diwakili oleh lima orang pelajar tahun 2, Program Sarjana Muda Perakaunan: Chim Wei Wen, Nurmala Abd. Samad, Nurul Afiqah Rozaini, Nur Anasuha Ilias dan Hani Shamila Mohd. Nor yang membentuk Syarikat EZ Sdn. Bhd. En. Mohamed Fuad Ahmad, dari Fakulti Pengurusan, merupakan Pegawai Penasihat Perniagaan sepanjang pertandingan tersebut berlangsung. Pasukan penasihat terdiri juga daripada En Ahamad Zaidi Bahari dan Dr. Noraini Abu Talib, pensyarah keusahawanan di Fakulti Pengurusan.

Kumpulan pelajar dipilih daripada kalangan pelajar yang mengikuti kursus keusahawanan yang kemudiannya diberikan latihan khusus sebagai persediaan menyertai pertandingan ini. Selepas beberapa sesi perbincangan, mereka memilih EZ Refillable Marker Pen, produk inovasi hasil sekumpulan pelajar di bawah bimbingan Pusat Inovasi Pelajar, UTM. Seterusnya mereka mengikuti latihan intensif penggunaan perisian Asset Diplomat selama dua hari di Kuala Lumpur.

Sepanjang tempoh persediaan dan pertandingan, pelajar telah berupaya menunjukkan kebolehan dan keupayaan yang sangat cemerlang, mengatasi kumpulan lain dalam semua peringkat di dalam lima kriteria pertandingan iaitu, penilaiaan kebolehpasaran idea, proses perniagaan, acumen perniagaan , pengukuran perniagaan dan kemahiran insaniah.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Prof Madya Dr Abdul Malik Hj Abdul Karim, Timbalan naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni, UUM di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel pada 7 Februari 2013. UTM selaku Juara, telah merangkul hadiah Wang Tunai RM10,000.00, Piala Pusingan, Piala untuk Institusi, Pingat Emas dan Sijil Penghargaan untuk setiap pelajar. Tempat kedua dimenangi oleh UPM, diikuti UUM, UMT dan UMS.

Tahniah untuk semua.

 

More news on newspaper,
New Straits Times: http://www.nst.com.my/nation/general/utm-wins-business-competition-1.214981

 

DSC_0101 (Medium)
DSC_0248 (Medium)
DSC_0253 (Medium)
DSC_1252 (Medium)
DSC_1292 (Medium)
1/5 
start stop bwd fwd