Konvensyen Cinta Dambaan Syurga (KCDS 2014)

Written by Lily Suriani Mohd Arif on . Posted in News & Event Hits: 3880

Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Datin Seri Endon, Universiti Teknologi Malaysia akan menganjurkan sebuah program, Konvensyen Cinta Dambaan Syurga (KCDS 2014) seperti butiran berikut:

Program : Konvensyen Cinta Dambaan Syurga (KCDS 2014)
Tarikh : 18 Januari 2014 (Sabtu)
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru (UTM Johor)
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Penganjur : Kolej Datin Seri Endon (KDSE), UTM dengan kerjasama Misbah Ilmu Enterprise
Cara Pembelian Tiket : Seperti Lampiran 1
Borang Penyertaan : Seperti Lampiran 2
Tentatif Program : Seperti Lampiran 3

Program ini mensasarkan golongan pelajar sekolah menengah, universiti dan masyarakat awam untuk membincangkan topik-topik mengenai cinta daripada pelbagai sudut menurut Islam yang bakal menampilkan Ustaz Pahrol Juoi, Ustaz Dr.Zulkifli, Ustaz Roslan Mohamad, Ustazah Norhafizah Musa dan Ustazah Fatimah Syarha sebagai panel penceramah selain penampilan Ustaz Syed Abdul Kadir dan UNIC sebagai penceramah dan artis jemputan.

Konvensyen ini merupakan sebahagian daripada program anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Datin Seri Endon, Universiti Teknologi Malaysia Johor untuk mengutip dana bagi membiayai program lawatan sambil belajar, Global Outreach Program (GOP) ke Istanbul, Turki. Justeru, sebahagian daripada yuran penyertaan akan disalurkan kepada tabung program tersebut.

Sebarang pertanyaan mengenai program dan pembelian tiket berkumpulan boleh berhubung terus dengan Dr. Liza di talian 013-3106444. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Attachments:
FileFile sizeLast modified
Download this file (Lampiran 1 - KCDS 2014.pdf)Lampiran 1 - KCDS 2014.pdf124 kB2014-01-06 12:36
Download this file (Lampiran 2 - KCDS 2014.pdf)Lampiran 2 - KCDS 2014.pdf87 kB2014-01-06 12:36
Download this file (Lampiran 3 - KCDS 2014.pdf)Lampiran 3 - KCDS 2014.pdf125 kB2014-01-06 12:36