Jurnal Kemanusiaan, ISSN 1675-1930

Hubungan Antara Kualiti Guru Bahasa Arab Dan Kecenderungan Minat Pelajar Dalam Bahasa Arab

Written by Mohammad Abdillah Samsuiman, Miss Asma Benjaman, Zamri Arifin.

Kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengetahui tahap minat pelajar terhadap matapelajaran Bahasa Arab dan tahap kualiti diri guru pendidikan Bahasa Arab serta mengenalpasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara minat pelajar terhadap Bahasa Arab dengan kualiti diri guru pendidikan Bahasa Arab di MRSM Ulul Albab, Kota Putra. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian lapangan telah dilakukan terhadap 57 orang pelajar MRSM Ulul Albab, Kota Putra dengan menggunakan soal selidik. Tahap kewajaran ujian dan soalan dinilai dan diperakukan oleh pakar akademik sebelum kajian dilaksanakan. Analisis data kajian menunjukkan bahawa kecenderungan minat pelajar terhadap Bahasa Arab berada pada tahap yang baik dan tinggi. Manakala dapatan kajian juga mendapati bahawa tahap kualiti diri guru Bahasa Arab adalah tinggi di mana guru merupakan individu yang paling berpengaruh dalam meningkatkan pencapaian pelajar. Dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecenderungan minat pelajar dengan kualiti diri guru. Beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai inisiatif yang boleh diambil untuk membentuk sikap pelajar seterusnya meningkatkan lagi tahap kualiti P&P pendidikan Bahasa Arab.

Full text
FileFile size
Download this file (JK22_187.pdf)JK22_187.pdf348 kB

Jurnal Kemanusiaan is a multidisciplinary journal consisting of original research articles, book reviews and conference reports on various disciplines covering civilization studies, education, ethics, fine arts, science and technology, organizational skills, language, communication, business management, human resource development, accounting and law.