Jurnal Kemanusiaan, ISSN 1675-1930

Meneliti Kegiatan Jenayah Dan Penglibatan Etnik: Perbandingan Antara Selangor Dan Perak

Written by Ruzaini Sulaiman @ Abd. Rahim.

Makalah ini bertujuan menganalisis perbandingan kegiatan jenayah harta benda dan jenayah ke atas manusia yang berlaku di Selangor dan Perak semasa pemerintahan British. Kaedah penyelidikan sejarah digunakan dengan membuat penelitian ke atas dokumen-dokumen arkib. Pemilihan negeri Selangor dan Perak sebagai perbandingan disebabkan oleh kedua-dua negeri ini telah menerima kemasukan kumpulan imigran secara besar-besaran sejak berlaku pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sepanjang tempoh yang dipaparkan, berlaku peningkatan dan juga pengurangan kadar jenayah bagi kedua-dua negeri disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi situasi tersebut. Perbandingan dilakukan untuk melihat negeri manakah yang mempunyai kadar jenayah yang paling serius dan etnik manakah yang mempunyai kadar penglibatan paling tinggi dalam kedua-dua kategori jenayah tersebut. Beberapa aspek utama ditonjolkan bagi tujuan perbandingan antaranya ialah jumlah populasi penduduk dengan kadar kes jenayah, kepadatan penduduk mengikut keluasan batu persegi dan jumlah banduan atau pesalah yang dipenjarakan. Dapatan kajian menunjukkan kegiatan jenayah yang berlaku di Selangor lebih serius berbanding Perak. Komuniti Cina didapati menguasai kadar kes jenayah berbanding kaum Melayu dan India.

Full text
FileFile size
Download this file (JK22_188.pdf)JK22_188.pdf251 kB

Jurnal Kemanusiaan is a multidisciplinary journal consisting of original research articles, book reviews and conference reports on various disciplines covering civilization studies, education, ethics, fine arts, science and technology, organizational skills, language, communication, business management, human resource development, accounting and law.