Jurnal Kemanusiaan, ISSN 1675-1930

Peranan Institut Pengajian Tinggi Islam Dalam Pembangunan Modal Insan Di Malaysia: Satu Analisis

Written by Ruzman Md Noor, Rahimin Affandi Abd. Rahim, Muhammad Kamil Abd Majid, Abdul Karim Ali, Nor Adina Abdul Kadir, Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar, Norhidayah Yusoff.

Secara konvensionalnya, tugas untuk membangunkan modal insan yang bermutu, bertanggungjawab dan kondusif untuk keperluaan sesuatu masyarakat diletakkan kepada institusi pengajian tinggi. Hal ini telah menjadi amalan di kebanyakan Negara, termasuklah Malaysia. Dalam menghadapi dunia global semasa, Institut Pengajian Tinggi Islam (IPT Islam) di Malaysia telah berusaha untuk menjalankan tugas pembentukan modal insan ini mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Berasaskan kepada latar belakang ini, kertas kerja ini akan cuba menganalisa peranan yang dimainkan oleh IPTA aliran Islam, dengan memilih Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sebagai fokus utama. Kajian ini bakal mengandungi beberapa bahagian utama. Pertama, pengenalan tentang konsep modal insan dan kepentingannya untuk pembangunan Negara. Kedua, Konsep Modal Insan Di Malaysia: Analisis Sejarah. Ketiga, Konsep Modal Insan: perbandingan Perspektif Sarjana Barat Dan Islam. Keempat, Pendekatan APIUM Dalam Isu modal insan. Kelima, kesimpulan dan saranan.

Full text
FileFile size
Download this file (JK22_189.pdf)JK22_189.pdf518 kB

Jurnal Kemanusiaan is a multidisciplinary journal consisting of original research articles, book reviews and conference reports on various disciplines covering civilization studies, education, ethics, fine arts, science and technology, organizational skills, language, communication, business management, human resource development, accounting and law.