Permainan Bowling FPPSM siri 2/2010

Written by Mohd Noor Azli Ali Khan on . Posted in News & Event Hits: 4100


Assalammualaikum / Salam 1 Malaysia.


Kepada semua staf,

Badan Kebajikan FPPSM akan menganjurkan Permainan Bowling FPPSM siri 2/2010 seperti berikut:

Tarikh: 26 Nov 2010 (Jumaat)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Tingkat 6, Skudai Bowl, Skudai Parade

Justeru itu, sesiapa yang berminat untuk menyertai permainan tersebut sila menghantar nama kepada En. Ismail bin Mohd Sarif atau En. Azlan bin Othman.

Berikut ialah maklumat lanjut permainan tersebut:-

  1. Penghantaran nama peserta dan yuran penyertaan sebanyak RM30, sebelum atau pada 12 Nov 2010 (Jumaat).
  2. Terbuka kepada semua staf termasuk Akademik Bahasa serta ahli keluarga
  3. Pemenang berdasarkan jatuhan pin terbanyak.


Sebagai makluman, pertandingan dijalankan sebanyak 3 game/frame. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan bagi menjayakan program ini, pihak Badan Kebajikan FPPSM amat mengalu-alukan. Sumbangan tersebut boleh diberikan terus kepada Pengerusi Badan Kebajikan.


Sekian, harap maklum.